Sukan Hari Ini

Zac Anderson Sedia Julang Perak

IPOH: Pemain kelahiran Australia, Zac Anderson teruja diberi kepercayaan memperkasa pasukan Perak untuk mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Baginya, peluang menyarung jersi The Bos Gaurus selaku juara Piala Malysia musim lalu, mendorongnya memasang tekad untuk terus bekerja keras membantu kejayaan Perak.

“Saya sangat teruja menyertai pasukan juara ini dan berharap dapat memperkuat pasukan ini mengaharungi setiap cabaran mendatang.

“Kedatangan saya dialu-alukan oleh pemain lain dan kerjasama pihak pengurusan juga sangat saya hargai.

“Ini pastina satu keluarga besar baharu buat saya dan saya kini fokus untuk memastikan kecergasan untuk mengharungi musim yang mencabar ini,” katanya ketika ditemui di Stadium Perak, di sini hari ini sebelum berangkat ke Alor Setar, Kedah bagi edisi sulung kejuaraan Unity Shield menentang Kedah di Stadium Darul Aman esok.

Zac berpendapat Perak sebuah pasukan yang penuh disiplin dengan deretan pemain berpengalaman yang berkaliber.

“Saya suka atmosfera dalam pasukan ini, tiada ego. Semua pemain dan pengurusan bekerjasama dengan baik.

“Seperti yang sering diperkatakan Mehmet, kami adalah satu keluarga besar dan bagi saya ia sangat penting sebagai pemain asing yang baru menyertainya untuk memperkuat lagi pasukan dalam mencapai kejayaan pada musim ini,” katanya.

Bercakap mengenai perlawan esok, Zac berkata pasukannya akan berusaha memenangi piala itu walaupun ia hanya sekadar perlawanan pemanas badan pra musim.

“Sudah tentu kami mahu memenangi perlawanan itu, namun ia bukanlah paling penting kerana hanya perlawanan pra musim tetapi beraksi mewakili pasukan Perak, setiap perlawanan adalah penting terutama berdepan pasukan Kedah yang saya pernah sertai dahulu.

“Kami akanpastikan persembahan terbaik,” katanya.

Sementara itu, Mehmet ketika ditemui berpendapat kejohanan dianjurkan sebagai persiapan pra musim itu idea sangat bagus terutama mengenai 50 peratus hasil kutipan jualan tiket disalurkan untuk tujuan kebajikan.

“Ini hanya perlawanan pra musim dan kami ingin memenangi sebanyak mungkin perlawanan semasa pra musim di mana kami akan beraksi dengan persembahan terbaik,” katanya yang turut sama menuju ke Alor Setar menaiki bas bersama pemain dan pegawai pasukan.-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");