Jenayah

15 Ditahan Sedang Khayal Menagih Dadah Di Paya Bakau

KEPALA BATAS – Kawasan paya bakau di Kuala Muda di sini terus menjadi sarang kepada penagih untuk melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang itu meskipun beberapa kali diserbu polis sebelum ini.

Terbaru, seramai 15 lelaki berusia antara 20 hingga 60 tahun ditahan di kawasan itu di Kampung Bakau Tua ketika sedang khayal akibat menagih dadah.

Kesemua mereka ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seberang Perai Utara (SPU) dalam Ops yang bermula pukul 3 petang semalam hingga awal pagi tadi, lapor Utusan Online.

Menurut Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 23.9 gram dan 2.3 gram ganja bernilai kira-kira RM1,048.

Katanya, ujian awal saringan awal air kencing terhadap semua suspek yang bekerja sebagai buruh dan penganggur itu juga didapati positif jenis MOP dan methamphetamine.

“Kesemua suspek kini ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, kes itu disiasat mengikut beberapa Seksyen antaranya 39B; 39A(2); 39A(1); 12(2); 6 dan 15(1)(a) ADB 1952 kerana memiliki dadah berbahaya dan memasukkan dadah ke dalam badan.

Dalam itu, beliau menegaskan, pihaknya akan sentiasa mengambil tindakan serta menjalankan operasi narkotik yang berterusan secara agresif ke atas sarang-sarang penagih dadah di daerah ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kerjasama daripada masyarakat untuk membantu polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah dan jenayah yang melibatkan pengedar dan penagih di daerah ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");