Perak Hari Ini

3 Daerah Di Perak Alami Gelombang Haba Tahap 1

IPOH: Tiga daerah di Perak antara yang tersenarai dalam kawasan yang terkesan akibat gelombang suhu panas hari ini.

Berdasarkan status gelombang haba yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD), daerah tersebut ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta.

Selain itu, turut dinyatakan, sehingga jam 8.15 pagi Selasa, sebanyak 10 kawasan berada pada tahap 1 gelombang haba, iaitu suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius.

Selain Perak, tiga daerah di Kedah, iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Sik juga terkesan.

Kawasan lain yang turut merasai bahang yang sama adalah Chuping di Perlis, Tangkak di Johor serta daerah Petaling dan Kepong di Selangor.

Status gelombang haba dikemaskini selepas mendapatkan suhu maksimum harian pada setiap hari – Twitter @malaysianmet

MMD dalam satu kenyataan semalam, berkata negara kini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada hujung Mac ini.

“Tempoh penghujung Monsun Timur Laut ini merupakan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak.

“Dalam tempoh ini juga, ketiadaan hujan atau taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan keadaan cuaca yang panas,” katanya.

Tambahnya, keadaan cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula hujung April.

Jelasnya ini kerana berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");