Sukan Hari Ini

Abu Bakar Tidak Bersandar Pada Pencapaian Lalu

PKNP FC pernah menumpaskan Felda United dalam perlawanan pra-musim sebelum ini tetapi ketua jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim, tidak mahu bersandar kepada pencapaian itu.

Dalam perlawanan di Padang ISEF, Bangi, 12 Januari lalu, anak buah Abu Bakar itu menang 1-0.

“Itu perlawanan persahabatan. Ia tidak boleh diambil kira dan dijadikan sandaran.

“Ini adalah perlawanan sebenar. Situasi itu sudah berubah,” katanya menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini, lapor Stadium Astro.

Abu Bakar sedar cabaran getir yang menanti anak buahnya berdasarkan perkembangan yang dilalui Felda United sejak pertemuan persahabatan itu.

Abu Bakar, yang juga pengurus PKNP FC, berharap anak buahnya akan mengusahakan pencapaian terbaik dalam perlawanan dengan lawan yang hampir setaraf dengan mereka itu.

“Saya tidak memandang mudah kemampuan Felda, namun saya berasakan mereka berkemampuan sama dengan kami berbanding pasukan-pasukan negeri,” tambahnya.

Pengendali itu berkata pemain PKNP FC tidak boleh melakukan kesilapan yang akan menyebabkan mereka dihukum skuad kendalian Nidzam Jamil itu.

Lebih utama, Abu Bakar berharap gandingan Yashir Pinto dan Coulibaly Yero akan menemui sentuhan pemusnah mereka dalam perlawanan itu.

“Yero tampak bergelut mencari rentak. Mungkin dia sudah lama berehat dan hilang sentuhan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");