Sukan Hari Ini

Afiq Juara 100m Para Dunia Di Dubai

KUALA LUMPUR: Jaguh pecut para dalam pembikinan, Afiq Ali Hanafiah terus mengesahkan statusnya antara pelari perlu diberi perhatian apabila memenangi pingat emas 100 meter di Kejohanan Olahraga Para Dunia, Grand Prix Dubai di Emiriah Arab Bersatu, sebentar tadi.

Menurut laporan BH Online, atlet berusia 25 tahun itu mengungguli acara T11/12 (masalah penglihatan) selepas membakar trek di Dubai Club Stadium dengan kepantasan 11.48 saat (s).

Walaupun masa itu masih belum cukup untuk mengatasi masa peribadi terbaiknya – 11.20s yang dicatat pada peringkat saringan di Sukan Komanwel Gold Coast 2018 – namun ia cukup untuk meninggalkan pelari pilihan dari Jepun, Shunya Yamaji yang memenangi perak dengan kelebihan 0.15s.

Pingat gangsa dimenangi pelari dari Sweden, Luis Goncalves dengan catatan masa 11.73s.

“Sebenarnya saya tidak mensasarkan untuk menang pingat emas,” kata Afiq. “Sasaran saya adalah untuk mengatasi catatan peribadi terbaik saya malangnya faktor angin yang kuat di sini menafikan impian saya itu.

“Namun, saya tetap gembira kerana saya akhirnya memenangi pingat emas ini.”

Ini kali pertama dalam sejarah yang menyaksikan pelari pecut dari Malaysia memenangi emas dalam acara berkenaan.

Sebagai rekod, Afiq sebelum ini pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat gangsa di Sukan Komanwel 2018 dalam acara sama selain memenangi emas pada Sukan SEA Para Kuala Lumpur 2017.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");