Sukan Hari Ini

Ahmad Faedzal Dilantik CEO Baharu ISN

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Sosial, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Ahmad Faedzal Md Ramli dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu.

Pelantikan itu diumumkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Ahmad Faedzal, 40, menggalas tugas itu bermula hari ini selepas melaporkan diri kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pagi tadi.

“Seluruh warga #TeamKBS mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Encik Ahmad Faedzal MD Ramli di atas pelantikan selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN) yang baharu,” tulis KBS dalam ciapan berkenaan.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");