Sukan Hari Ini

Akmal Rizal Letak Jawatan Jurulatih B-17 PFA

KANGAR: Jurulatih skuad bawah 17 tahun (B-17) Singa Utara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli meletakkan jawatannya selaku jurulatih skuad itu selepas hanya tiga bulan membimbing pasukan.

Akmal Rizal berkata, dia akan menyerahkan surat perletakan jawatan selewatnya Selasa ini dan hala tuju pasukan yang dibimbingnya itu akan ditentukan sendiri oleh Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

Katanya, faktor utama perletakan jawatannya berikutan gaji yang tidak dibayar oleh PFA kepadanya sejak 1 Disember lalu.

“Saya belum terima apa-apa bayaran gaji sejak memulakan sesi kejurulatihan bersama PFA sampai sekarang.

“Sejujurnya, saya tak nampak hala tuju PFA dalam menguruskan skuad bawah 17 negeri dan segalanya berubah sama sekali tidak mengikut perancangan yang dimaklumkan pengurusan PFA kepada saya sebelum ini.

“Saya sudah melakukan sesi pemilihan sebanyak dua kali dan senarai penuh pemain sudah ada, tetapi bila ditanya mengenai soal pertukaran sekolah pemain dan jadual latihan, pihak pengurusan hanya minta saya menunggu sahaja,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Akmal Rizal berkata, dia sudah tidak boleh menunggu lagi memandangkan dirinya ada tanggungan dan keluarga yang perlu diuruskan.

“Dahulu lain dan segala perancangan nampak elok tetapi seolah ada sesuatu yang tak betul sedang berlaku dan setiap kali ditanya mengenai pembangunan pemain pihak pengurusan minta saya menunggu.

“Perkara sebegini tidak boleh berlaku kerana industri bola sepak kita sedang membangun dan saya harap pihak pengurusan perlu teliti selepas ini dan perlu ukur baju di badan sendiri setiap kali menandatangani kontrak jurulatih serta pemain,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");