Berita Hari Ini

Anwar, Azizah Lawat Azmin Lepas Dibedah

Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini melawat Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali yang baru lepas menjalani pembedahan.

Ketua Penerangan PKR Shamsul Iskandar Md Akin memberitahu Malaysiakini, pada tengah hari tadi beliau turut hadir sama di rumah Azmin, yang baru keluar dari hospital Gombak semalam.

“Saya sampai pada 11.30 pagi, Wan Azizah dan Anwar tiba sekitar tengah hari di rumah Azmin.

“Kami bertanya khabar beliau… doktor memberikan beliau cuti sakit selama sebulan. Beliau ada batu dalam hempedu,” kata MP Hang Tuah Jaya itu.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari juga mengunjungi Azmin di kediamannya itu.

Sebuah hantaran blog pada Isnin lalu melaporkan Azmin akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam rombakan kabinet selepas Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak spekulasi itu, berkata ianya “berita palsu.”

“Saya fikir masih kabinet yang sama. Semua itu khabar angin. Berita palsu,” katanya menjawab soalan wartawan mengenai hal itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");