Sukan Hari Ini

Baling Botol, UEFA Dakwa Man United

LONDON: Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) mengambil tindakan disiplin ke atas Manchester United selepas insiden membaling botol kepada pemain sayap Paris Saint-Germain Angel Di Maria ketika aksi Liga Juara-Juara di Old Trafford awal pagi semalam.

BH Online yang memetik Reuters melaporkan bahawa Di Maria diejek oleh penyokong United sebelum botol arak dibaling dari tempat duduk penonton ke arah pemain itu di babak kedua, di mana dia mengutip botol itu dan berpura-pura minum daripadanya.

Penyerang Argentina itu menyertai United pada tahun 2014 pada rekod perpindahan tertinggi kelab ketika itu, 59.7 juta pound (RM312.4 juta) tetapi musim pertama kurang memberangsangkan di bawah kendalian Louis van Gaal memaksanya berpindah ke PSG setahun kemudian.

United juga didakwa kerana menghalang laluan di stadium, manakala PSG dikenakan empat dakwaan berbeza angkara penyokongnya yang membakar bungan api, membaling objek dan melakukan kerosakan serta kekacauan di khalayak ramai.

Kes ini akan didengar oleh jawatankuasa kawalan, etika dan disiplin UEFA pada 28 Februari.

Juara Perancis PSG memenangi perlawanan pertama kelompok 16 terakhir dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe di babak kedua.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");