Perak Hari Ini

“Bantu Kami Bangunkan River Cruise Manjung”

BERUAS: Kerajaan negeri menyeru pihak swasta agar bersama-sama membantu membangunkan lagi perkhidmatan pelayaran sungai atau pun river cruise di daerah Manjung.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia merupakan sebahagian daripada perancangan kerajaan negeri bagi merancakkan lagi pembangunan di kawasan tersebut.

Katanya, perkhidmatan river cruise itu melibatkan pelayaran daripada Jeti Terapung Lumut dan seterusnya akan menyusuri ke Sungai Dinding.

“Saya dapati perkhidmatan river cruise amat sesuai dibangunkan di Sungai Dinding tapi dalam masa sama kerajaan negeri tidak mahu membelanjakan wang yang besar.

“Jadi, kita akan berusaha mendapatkan kerjasama dengan pihak swasta dan saya ingin menjemput mereka ke hadapan membantu usaha kita ini,” katanya.

Selain itu ujarnya, usaha Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam ke arah memperbanyakkan lagi rumah-rumah Perakku dan rumah kos sederhana di kawasan bandar, turut disambut baik kerajaan negeri.

Jelas Ahmad Faizal, inisiatif tersebut juga seiring dengan hasrat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang turut sama menyarankan perkara yang sama terhadap semua negeri.

Tambahnya lagi, jika kesemua perancangan tersebut berjaya dilaksanakan, ia akan membangunkan lagi kawasan Manjung selain mampu menjadikan daerah tersebut sebagai antara penyumbang terbesar terhadap ekonomi di Perak.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Dataran Beruas, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi serta Yang Dipertua Majlis MPM, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip.

Terdahulu, di majlis yang sama, Ahmad Faizal turut berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Geran Tanah Hak Milik kepada 8 orang dan 30 penerima Lesen Pendudukan Sementara (TOL).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");