Jenayah

Bayi Bertali Pusat Ditinggal Di Persimpangan Lebuhraya

SHAH ALAM: Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tepi jalan persimpangan Lebuh Raya Shah Alam (KESAS) menghala ke Bandar Puteri, Klang, pada jam 12 tengah hari, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata bayi itu dijumpai seorang lelaki berusia 29 tahun yang melalui jalan itu.

“Berdasarkan keterangan penunggang motosikal ini, dia ternampak bayi itu yang dibalut dengan kain selimut berwarna biru di tepi jalan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati bayi itu dianggarkan berusia sehari kerana masih bertali pusat dan dalam keadaan kesihatan baik serta bersih.

“Bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang,” katanya di sini, lapor BH Onliine.

Shamsul Amar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat untuk membuang bayi berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");