Perak Hari Ini

Bekas Pekerja LLM Tuntut Keadilan, Mohon Perhatian Daripada PM

IPOH – Lebih 900 bekas pekerja Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang terlibat dalam penswastaan bersama Projek Lebuhraya Utara Selatan pada tahun 1988 meminta campur tangan daripada kerajaan terhadap masalah yang dihadapi mereka.

Wakil bekas pekerja tersebut, Zul Ali, berkata satu surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjelaskan berkenaan isu yang membelenggu mereka.

Katanya, antara isu utama yang dikemukakan termasuklah berkaitan faedah skim persaraan pekerja yang dikatakan tidak setimpal sewaktu proses penswastaan itu dibuat.

Ujarannya, terdapat keraguan dalam proses berkenaan skim berkenaan yang dirasakan seolah-olah berlaku suatu ketidakadilan terhadap semua bekas kakitangan yang terlibat.

“Kita sedang mengadakan jelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan kepada bekas-bekas pekerja ini tentang situasi yang sedang berlaku dan tindakan yang sedang diambil.

“Kita juga akan mendapatkan nama dan maklumat mereka yang terlibat dan daripada situ, kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bertindak yang mungkin melibatkan dalam 10 orang.

“Mereka pula akan mengumpul maklumat lengkap sebelum memorandum disiapkan dan dihantar kepada perdana menteri,” katanya dalam sidang media di Bilik Seminar Meru Raya, di sini, hari ini.

Hadir sama pada sidang media tersebut, peguam, Taqrir Akram Khalib dan beberapa bekas pekerja.

Menurut Zul, pihaknya sudah pun memulakan tindakan awal terhadap isu itu apabila 47 bekas pekerja memfailkan tuntutan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mana difahamkan akan terdapat sebutan kes pada April nanti.

Sementara itu, dalam surat yang dihantar kepada perdana menteri, dia turut meminta kerajaan memantau kes tersebut.

Selain itu, Zul turut berharap agar kerajaan dapat mengarahkan pihak-pihak berkaitan untuk menyiasat sebarang keraguan yang berlaku ketika proses penswastaan itu dilaksanakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");