Berita Hari Ini

Bekas Perunding Media Najib Didakwa

Paul Stadlen, bekas perunding media kepada Najib Razak, telah didakwa tanpa kehadiran (absentia) atas tuduhan pengubahan wang haram.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa warga British itu didakwa di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut sumber itu, pihak berkuasa akan memohon waran tangkap dikeluarkan dan akan bekerjasama dengan Interpol agar Stadlen dapat dibicara di Malaysia.

“Stadlen kini di luar negara, tetapi kita akan mendapatkan perintah yang sewajarnya (agar dapat dibicara di sini),” katanya yang enggan namanya didedahkan.

Menurut The Edge, Stadlen yang dulunya bekerja dengan firma Apco International, akan berdepan dakwaan melibatkan RM15 juta.

Malaysiakini juga difahamkan pihak berkuasa dijangka menahan seorang peguam yang terlibat dengan kes 1MDB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");