Perak Hari Ini

BERSATU Perak Nafi Dakwaan Bubar Bahagian

PARIT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa parti tersebut telah membubarkan sebilangan bahagian di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebaliknya, hanya barisan jawatankuasa sahaja yang dibubarkan.

Ujarnya, keputusan yang dibuat di peringkat pusat itu ekoran terdapat beberapa ahli jawatankuasa di bahagian-bahagian yang bermasalah, seperti barisan jawatankuasanya telah keluar daripada parti, tidak aktif, dan ahli tidak dapat dikesan.

“Oleh sebab itu, kepimpinan BERSATU Pusat telah membuat keputusan untuk membubarkan Jawatankuasa di bahagian-bahagian tersebut.

“Ini bukan bubarkan bahagian sebab untuk bubarkan bahagian ia perlu melalui RoS (Pendaftar Pertubuhan) dan sebagainya,” katanya.

Jelasnya lagi, usaha tersebut adalah langkah BERSATU dalam terus memperkasakan jentera parti yang mana sekiranya terdapat bahagian yang bermasalah, jawatankuasa yang sedia ada akan dibubarkan bagi memberi ruang untuk diadakan lantikan baharu.

Difahamkan, daripada 24 bahagian di Perak, 13 daripadanya terkesan akibat keputusan tersebut.

Terdahulu, Ahmad Faizal ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah PerakKu Program Perumahan Rakyat (PPR) di Seri Iskandar, dekat sini, hari ini.

Projek yang dibina pada 29 April 2016 dan siap pada 28 April 2018 itu mempunyai 99 unit termasuk sebuah unit khas yang diperuntukkan untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Lot berkeluasan 1,540 kaki persegi itu dilengkapi dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, satu dapur dan satu ruang tamu.

Walaupun kos pembangunan PPR di Seri Iskandar bernilai RM158,000.00 namun, projek perumahan ini dijual dengan harga RM35,000 yang mana ia menyasarkan pembeli golongan yang berpendapatan bawah RM3,000.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");