Panasnya Hari Ini

BN Akan Adakan Mesyuarat MT Secepat Mungkin – Mohamad

BN akan mengadakan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya kecil (PRK) termasuk beberapa isu melanda gabungan itu sekiranya dibangkitkan.

Pemangku pengerusi BN Mohamad Hasan ketika ditanya berkata, usul berkaitan pembubaran BN juga akan dibincangkan jika MCA membawa perkara itu ke dalam mesyuarat berkenaan.

“Terpulanglah kepada MCA (untuk bawa usul itu). Insha Allah (akan bincang jika bawa usul itu),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Semalam Presiden MCA Wee Ka Siong menyangkal dakwaan Mohamad berkenaan tiadanya mesyuarat MT BN.

Ini selepas Mohamad berkata MCA dan MIC risau wartawan akan menekan mereka berhubung usul pembubaran BN.

Sebaliknya Wee berkata pihaknya akan membentangkan usul itu dalam mesyuarat BN secepat mungkin.

Menjawab perkara itu, Mohamad berkata beliau tidak akan mengulas lanjut kenyataan Wee sebaliknya akan untuk mengadakan pertemuan itu segera.

“Tak apalah, biarlah dia (Wee) buat kenyataan, its ok (tak apa lah). Saya akan panggil mesyuarat BN secepat mungkin,” kata Mohamad.

Ditanya bila mesyuarat itu akan diadakan, Mohamad berkata ringkas “up to me lah” (terpulang kepada saya) bila nak panggil,” katanya.

MCA menggesa usul pembubaran BN susulan tewasnya gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Dalam PRU itu, MCA hanya menang satu kerusi Parlimen iaitu Ayer Hitam yang kini diwakili Wee.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");