Panasnya Hari Ini

Bongkak Punca UMNO Tewas

SHAH ALAM: Tindakan mengetepikan pandangan golongan muda ketika mentadbir kerajaan antara faktor utama kejatuhan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ketika mendapat mandat mentadbir kerajaan, BN bukan saja tidak mahu mendengar pandangan orang muda, malah mengetepikan teguran golongan itu.

“Tindakan itu adalah salah kerana pandangan dan teguran itu satu ilmu yang patut didukung. Tak dengar cakap orang. Dahulu dengan jawatan masing-masing, cakap orang bawahan tak nak dengar.

“Ini antara sebab kecundang. Dahulu orang bagi pandangan, kita ‘ceh’ kan saja. Kita buat tidak tahu.

“Kitalah yang arif, akhirnya kita kecundang. Sikap bodoh sombong ini tak ke mana,” katanya pada program Bicara Minda di sini, hari ini dengan tokoh wartawan Tan Sri Johan Jaafar bertindak sebagai moderator.

Mohamad turut mengakui manifesto BN menjadi punca kekalahan pada PRU-14 lalu memandangkan ia tidak sehebat manifesto yang dibawa PH.

Bagaimanapun, beliau mengkritik manifesto PH yang didakwa sehingga kini masih tidak tertunai.

“UMNO masih dapat sokongan Melayu cuma strategi dan manifesto yang tidak betul. Kita buat apa yang kita nak, bukan seperti bentangkan belanjawan tahunan.

“PRU-15, kita akan buat macam-macam janji, bagi bulan bintang sebab manifesto bukan janji,” katanya dengan nada menyindir.

Mohamad turut menyerahkan kepada rakyat dan akar umbi parti untuk menilai adakah beliau calon tepat bagi memimpin UMNO seterusnya membawa parti keluar daripada masalah.

Beliau berkata, walaupun memiliki pengalaman korporat dan berjaya memacu kemajuan Negeri Sembilan ketika bergelar Menteri Besar hingga menyaksikan negeri itu memiliki hampir RM1 bilion dalam kantung kerajaan negeri, penilai terbaik terhadap kemampuan seseorang pemimpin adalah rakyat serta ahli parti.

“Soal apakah saya orang yang tepat atau tidak, itu biar rakyat dan ahli akar umbi menilai tetapi kalau kita bercakap soal menangani krisis, saya boleh kata saya orangnya,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");