Sukan Hari Ini

Dollah Berang Lihat Pahang Kena Tekan

KUANTAN: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mengakui segalanya serba tidak menjadi selepas skuad bimbingannya diikat Selangor 1-1 pada perlawanan keempat Liga Super, di Kuantan malam tadi.

Keputusan seri itu jelas mengecewakan bekas jurulatih kebangsaan yang mengharapkan skuad Tok Gajah meraih tiga mata di laman sendiri.

“Saya kecewa dengan keputusan ini ketika pasukan mahu mencatat kemenangan tetapi sebaliknya yang berlaku terutama prestasi semua pemain.

“Hanya 15 minit pertama perlawanan pemain melakukan banyak pergerakan tetapi selepas ini mereka hilang punca dan banyak asakan yang dilakukan disekat lawan.

“Atas faktor itu, Selangor mengambil kesempatan terutama penyerang, Rufino Segovia yang memainkan peranan utama hingga pertahanan pasukan goyah,” katanya, lapor BH Online.

Dollah berkata, skuad Tok Gajah berusaha untuk bangkit dan turut mempunyai tiga peluang untuk menambah jaringan tetapi tidak berjaya.

Katanya, ketiadaan Herold Goulon yang diperintah keluar padang kerana dilayangkan kad merah pada perlawanan berbaki 20 minit memberi tekanan.

“Sepatutnya Selangor yang lebih tertekan tetapi sebaliknya yang berlaku hingga kita terpaksa akur sekadar mengutip satu mata di tempat sendiri.

“Saya sudah nasihatkan kepada pemain bahawa melawan pasukan yang sedang hadapi tekanan agak sukar dan kebimbangan itu dapat dilihat dengan persembahan menyakinkan lawan,” katanya.

Pada perlawanan itu, skuad Tok Gajah terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan menerusi Wan Zaharulnizam Wan Zakaria minit ke-34 sebelum Red Giants menyamakan kedudukan di babak kedua hasil sentuhan Segovia minit ke-61.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");