Berita Hari Ini

Dr Wan Azizah Masuk Hospital Berita Palsu – Pejabat TPM

Pejabat Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa satu catatan di sebuah laman Facebook mendakwa kononnya Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital, adalah palsu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa menerusi catatan tersebut, pemilik media sosial itu memuat naik gambar Dr Wan Azizah bersama Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang dengan kapsyen: ‘Selepas Azmin Ali dimasukkan ke hospital, tiba giliran Wan Azizah Ismail’.

“Gambar yang disertakan dengan kapsyen palsu itu adalah gambar lama.

“Timbalan Perdana Menteri merasmikan Tasputra Perkim pada pagi ini dan juga meluangkan masa berkomunikasi bersama pihak media di majlis itu,” jelas kenyataan Pejabat TPM itu.

Pejabat Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan bahawa catatan tersebut disertakan dengan spekulasi kononnya Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan “penyakit” Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali dan Dr Wan Azizah sebagai alasan untuk melantik anaknya Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, Dr Wan Azizah juga menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan jumlah catatan palsu di media sosial ketika ini, terutamanya mengenai kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Ini hanyalah usaha berniat jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab yang berselindung di sebalik nama samaran untuk mewujudkan ketegangan dalam PH. Jangan mudah percaya semua yang anda baca di media sosial dan jangan kongsi apabila anda tidak pasti,” tegas timbalan perdana menteri.

Katanya, media sosial yang telah merubah cara masyarakat berkomunikasi telah menjadikan dunia tanpa sempadan, maka beliau menasihatkan agar setiap individu bertanggungjawab terhadap sebarang catatan yang disiarkan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");