Panasnya Hari Ini

‘Dulu Troli Tu Penuh Beg Tangan…’ – Azmin Sindir Najib

TIMBALAN Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini menyindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tindakannya menolak troli di sebuah pasar raya di Semenyih, kelmarin yang disifatkan cuba meraih simpati rakyat.

Sedangkan hakikatnya, menurut beliau, rakyat masih segar dan ingat peristiwa apabila troli sama dipenuhi dengan puluhan beg tangan dan wang tunai.

“Baru tiga bulan lepas kita tengok troli sama penuh dengan hand bag (beg tangan), penuh dengan wang tunai. Wahai manusia yang mendakwa dirinya bosku, ini Semenyih bosku.

“Orang Semenyih ini hebat, matang, anak muda Semenyih cukup berprinsip, kamu tolak troli aku akan tolak perasuah dalam pilihan raya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan 500 Pemuda PH pada Majlis Pelancaran Jentera dan Bilik Gerakan Utama Pemuda PH bagi PRK DUN Semenyih di Taman Semenyih Parklands, malam tadi, lapor Harian Metro.

Hadir sama, Ketua Pemuda PH Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Pengerusi PH Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi PH Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan calon PH, Muhammad Aiman Zainali.

Mengulas lanjut, Azmin secara sinis mempersoalkan mengapa hanya Najib seorang menolak troli berkenaan di Semenyih dan bukannya bersama seorang lagi individu yang dipercayai merujuk kepada Datin Seri Rosmah Mansor.

“Datang yang tolak troli kenapa seorang? Mana seorang lagi. Masa troli tu penuh tolak dua orang, semalam kesian tolak seorang.

“Tak apalah dia tolak troli, kita jangan terpengaruh,” katanya disusuli tepukan gemuruh hadirin.

Kelmarin, Najib turun padang membantu kempen PRK kali ini sambil menolak troli ketika berkunjung di sebuah pasar raya di Semenyih.

Ahli Parlimen Pekan itu dikerumuni ratusan pengunjung yang menyedari kehadirannya sambil menyatakan kos RM50 masih tidak dapat memenuhkan troli dibawanya.

Pada 18 Mei lalu, polis menyita 284 kotak berisi beg tangan jenama terkemuka termasuk wang tunai yang terpaksa dibawa menggunakan troli daripada pangsapuri mewah, Pavilion Residences Apartment dekat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang diperiksa dalam siasatan polis berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Siasatan dan penggeledahan selama 53 jam itu turut merampas 72 beg bagasi berisi sejumlah wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga yang didakwa milik Rosmah dianggarkan bernilai jutaan ringgit dan memerlukan lima trak polis untuk mengangkutnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");