Perak Hari Ini

EPIC 2019: Persidangan Untuk ‘Gamers’

Kerajaan Perak dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK), akan menganjurkan Persidangan Industri Profesional eSport pada 2 dan 3 Mac ini di Casuarina Convention Centre, Meru

Dengan bertemakan EPIC 2019: More Than Gaming, persidangan berkenaan bakal membuka peluang dan ruang kepada rakyat negeri Perak terutamanya golongan belia agar melihat eSport bukan hanya sebagai permainan semata-mata.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, eSport bukan hanya sekadar permainan online sebaliknya ia mampu membuka peluang kerjaya dalan bidang-bidang tertentu. 

“Persidangan selama dua hari ini akan menghimpunkan ahli panel yang telah lama berkecimpung dalam eSport disamping mengumpulkan permain-pemain industri berpengalaman.

“Jadi persidangan ini akan terbahagi kepada tiga asas utama iaitu Pembangunan, Ekosistem dan Ekonomi yang meliputi hala-tuju, dasar dan penguatkuasaan, infrastruktur, pembangunan atlit serta impak perkembangan industri kepada belia di Perak,” katanya pada sidang media selepas Sidang Media Penganjuran EPIC 2019 (e-games conference), hari ini.

Dalam pada itu jelasnya, kerajaan negeri juga akan menganjurkan Kejohanan eSports peringkat Kinta bagi mengcungkil bakat-bakat baru dalam bidang berkenaan.

Tambah Ahmad Faizal, terdapat empat permainan akan dipertandingkan dalam kejohanan itu iaitu Dota 2 bagi Konsol Komputer, Mobile Legends & PUBG Mobile bagi konsol ‘Smartphone’ serta FIFA 19 bagi konsol Playstation 4.

“Hadiah terkumpul adalah sebanyak RM13,000 yang akan menanti pemenang, dan kita jangka sekitar 4,000 pengunjung terutama belia akan sama-sama hadir,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");