Berita Hari Ini

Gara-gara Tayang Alat Sulit, Penganggur Dipenjara 12 Bulan

Gara-gara menunjukkan kemaluannya kepada seorang jurujual wanita berpurdah, seorang lelaki dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Hukuman dijatuhkan Majistret Izuddin Mohd Shukri selepas tertuduh, Muhammad Asyraf Baharudin, 24, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan.

Mahkamah mengarahkan hukuman tersebut berjalan bermula tarikh sabitan iaitu hari ini.

Asyraf yang tidak bekerja itu didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap seorang jurujual wanita berusia 36 tahun dengan menunjukkan kemaluannya di kaunter sebuah kedai runcit di Pasir Hor, Kota Bharu, kira-kira jam 8.57 pagi pada 8 Februari lalu.

Malah dia mengulangi perbuatan sama sebanyak dua kali lagi pada jam 8.53 pagi, 12 Februari lalu dan jam 9.02 pagi, 14 Februari lalu di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Berdasarkan fakta kes, ketika mangsa berada di kaunter kedai runcit tersebut, tertuduh datang untuk membuat pembayaran, namun bertindak membuka zip seluar sebelum mengeluarkan kemaluannya di hadapan wanita itu.

Difahamkan kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun.

Bagaimanapun dia memohon agar mahkamah memberikan hukuman ringan, manakala Sharifah Amirda Shasha memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");