Panasnya Hari Ini

Geram ‘Lebai Rebah’ Mat Sabu Hempas Kopiah

Terdedah dengan pelagai laporan mengenai parti lamanya, semalam Mohamad Sabu menyatakan rasa kesal apabila PAS tidak lagi menjadi sebuah gerakan yang dihormati.

Mohamad yang kini mengetuai Amanah berkata sejak lama dulu PAS sentiasa mendahului dalam langkah politik berbanding parti lain.

Katanya hal itu berlaku apabila wujud perbincangan di peringkat kepimpinan bagi menentukan sesuatu keputusan, termasuk menjalin kerjasama dengan pihak lain seperti BN, Semangat 46, PKR dan DAP sebelum ini.

Kata Mohamad beliau sangat bimbang dengan langkah diambil PAS sejak beberapa tahun lalu kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada Islam.

“Saya tak bimbang orang tak percaya kepada Amanah, saya tak bimbang orang tak percaya kepada PAS.

“Saya bimbang kalau orang tak percaya kepada Islam,” ujarnya, merujuk kepada nama rasmi PAS iaitu Parti Islam Semalaysia.

Beliau yang kini menjadi menteri pertahanan dalam kabinet PH berkata perkembangan yang berlaku pada PAS bukanlah isu kecil, sebaliknya menjurus ke arah kemusnahan sebuah parti Islam yang dibina bersama-sama.

Katanya dulu-dulu – semasa era kerajaan BN – PAS menjadi semakin kuat apabila ditekan atau ada pemimpinya ditangkap pihak berkuasa.

Kutip derma daripada ahli

Antaranya kata anggota parlimen Kota Raja itu, ialah Peristiwa Memali, yang mengorbankan ramai penyokong PAS.

Selepas kejadian itu kata Mohamad PAS bangkit dengan menjadi lebih kuat dan berpengaruh.

“Penangkapan di Kelantan, ada yang dibuang daerah, di buang negeri, tapi PAS semakin kuat.

“Tapi (sekarang) dengan duit, lebai pun rebah,” katanya dengan nada geram sambil menghempas kopiah yang dipakai ke meja.

Mohamad berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian Pejabat Amanah Pasir Mas di Kampung Jias, petang semalam.

Terdahulu beliau yang pernah menjadi timbalan presiden PAS bercakap mengenai isu audio anggota parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz serta hubungan parti itu dengan Umno.

Mohamad yang sebelum ini diingati kerana membaling mikrofon kerana marah berkata, pemimpin PAS merahsiakan perbincangan dan hubungan mereka dengan Umno kerana ia melibatkan wang.

“Kemudian berlakulah tuduh-menuduh, fitnah-menfitnah.

“Sekarang Nik Abduh sendiri mengaku terima duit daripada Umno. Kemudian nak bayar peguam (dalam kes saman ke atas Sarawak Report), kutip derma daripada ahli. Lepas itu dia (Nik Abduh) kata ayahnya membohong, masya-Allah,” katanya yang pernah berada bersama PAS selama 38 tahun.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");