Sukan Hari Ini

Gunners Tewas Mengejut

ARSENAL dikejutkan dengan kekalahan kepada BATE, 1-0 dan menyaksikan layangan kad merah kepada Alexandre Lacazette yang menyiku Aleksandar Filipovic ketika lima minit baki permainan ditamatkan dalam perlawanan pertama saingan kelompok 32 terbaik Liga Europa di Borisov, pagi tadi.

Memetik laporan Harian Metro, Stanislav Dragun meletakkan BATE sebelum berakhir permainan babak pertama dan beberapa gerakan Arsenal gagal menembusi jaring gol untuk menyamakan kedudukan, pada ketika tindakan Lacazette membuatkan dia terlepas aksi perlawanan timbal balik di London, minggu depan.

Barisan pemain Unai Emery ketika ini hanya mencatat dua kemenangan daripada sembilan perlawanan di tempat lawan – kemenangan kepada pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Huddersfield dan menewaskan Blackpool di peringkat pusingan ketiga Piala FA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");