Berita Hari Ini

Ini Demokrasi, Siapapun Boleh Kritik PM – Kadir Jasin

Dalam amalan demokrasi, sesiapa sahaja bebas menyuarakan kritikannya kepada mana-mana pihak waima Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, kata wartawan veteran A Kadir Jasin.

Penasihat media perdana menteri berkata demikian selepas diminta pemberita untuk mengulas kenyataan bekas Adun DAP, Dr Boo Cheng Hau baru-baru ini yang dianggap mengkritik perdana menteri.

“Demokratik! Dia tunjukkan kita siapa pun boleh kritik hingga PM. Zaman BN dulu, kalau ada MP atau Adun dari MCA atau MIC kritik Najib (Razak) saya ingat sudah dipecat partinya.

“Itu hakikat bahawa seorang pemimpin DAP boleh kritik dan gesa PM letak jawatan. Itu tunjuk kita demokratik. Adakah kita terus bergaduh? Adakah kita suruh pecat yang buat kritikan tu? Tidak bukan?” Kata Kadir.

Dr Boo yang juga anggota jawatankuasa DAP Johor pada 19 Februari lalu berkata??????? mana-mana pemimpin politik terutamanya anggota Bersatu??????? yang membelakangkan janji-janji PH dalam PRU14 lalu termasuklah Dr Mahathir digesa untuk melepaskan jawatan masing-masing.

Menjelaskan lanjut Kadir berkata masalahnya apabila masyarakat tidak dapat memahami demokrasi dan konsep hormat kepada pemimpin.

Fahami demokrasi

“Masalahnya kita tidak dapat memahami demokrasi. Ini demokrasi… kenapa kita perlu terkejut jika seseorang berkata PM perlu meletak jawatan?

“Konsep hormat ini harus kita fahami, dalam politik suruh orang berhenti (atau) menyuruh orang meneruskan itu proses demokrasi.

“Masalah kita sekarang ialah kita berada dalam satu jangka masa yang sangat lama dalam keadaan di mana benda yang biasa kepada demokrasi dianggap sebagai luar biasa… Kenapa tidak kita menerima semua ini sebagai amalan biasa dalam demokrasi?” Soalnya.

Dalam perkembangan berlainan, Kadir berkata cadangan penubuhan Majlis Akhbar Malaysia akan dibawa kepada kerajaan pada bulan depan.

Katanya, Putrajaya “sangat serius” untuk memiliki media tempatan yang mengatur selia industrinya sendiri.

“Tidak pernah ada peraturan kawal selia industri sendiri, atau pun majlis akhbar di Malaysia. Dalam beberapa bulan yang lalu, para editor, pemilik media dan ahli akademik dalam bidang kewartawanan telah mengadakan pertemuan dan sekarang paling kurang terdapat dua cadangan yang telah siap untuk dibentangkan kepada kerajaan dalam masa dua bulan akan datang ini.

“Kerana secara umumnya media akan mengatur selia industrinya sendiri tetapi perlu terdapat dokongan undang-undang bagi hal ini.

“Jadi mungkin ia akan datang dari parlimen melalui penggubalan akta parlimen […] yang disokong kerajaan dengan cara perundangan,” kata Kadir kepada pemberita selepas hadir majlis Suhakam di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Oktober tahun lalu, Kadir berkata kerajaan PH mahu membentuk Majlis Media Malaysia yang telah diperjuangan kumpulan media sejak 1974 lagi.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");