Sukan Hari Ini

ISN Bakal Terima CEO Muda

KUALA LUMPUR: Institut Sukan Negara (ISN) akan menerima ketua pegawai eksekutif (CEO) yang muda dan berpengalaman dalam bidang sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi gambaran demikian mengenai pemilihan CEO yang baru bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Dr Mohd Khairi Zawi.

“Saya sudah dimaklumkan mengenai siapa CEO itu. Yang bagusnya orang itu individu yang baru, segar, anak muda yang berkelulusan tinggi dan sangat berpengalaman dalam bidang sukan.

“Jangan risau ini bukan lantikan politik. Sebab itulah perlu ada rombakan dan ini hanyalah rombakan pertama,” katanya.

Berdasarkan gambaran yang diberikan, Timbalan Pengarah Seksyen Perkhidmatan Sosial, Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Faedzal Md Ramli yang juga bekas Setiausaha Agung Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan (MAKSAK) disebut-sebut antara calon pilihan mengisi jawatan CEO ISN.

Namun begitu, Ahmad Faedzal dikatakan tidak mempunyai latar belakang dalam bidang sains sukan yang menjadi antara elemen penting pemilihan CEO ISN terdahulu dengan tugas besar menanti dalam pembangunan sains sukan dan perubatan sukan negara.

Menurut sumber, KBS sudah meneliti sembilan calon yang disenarai pendek termasuk bekas CEO ISN yang memiliki pengalaman luas dalam sains sukan dan perubatan, Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz, Pengarah Teknikal Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Profesor Madya Dr Ahmad Naim Ismail, Pengarah Pusat Penyelidikan Pertahanan Kimia Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Victor Feizal Abdul Shatar Knight, Pengarah Akademi Kecergasan Pertahanan UPNM, Prof Dr Mohar Kassim dan Pensyarah Kanan Pusat Sukan dan Sains Eksesais Universiti Malaya, Dr Mohamad Faithal Hassan.

Syed Saddiq berkata, beliau akan membuat pengumuman dalam masa terdekat kerana masih ada beberapa perkara kecil yang perlu diselesaikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");