Perak Hari Ini

Isu Di Bukit Klebang: Betulkah NGO Dapat Dana MCA?

Sejak dua menjak ni, kami dok follow isu penerokaan tanah di Bukit Kledang, dan nampak ada sesuatu yang pelik. Dalam tempoh yang singkat, bagaimana begitu cepat pejabat tanah memberi kelulusan dan kerja-kerja menarah tanah berkenaan berlaku.

Dalam proses kami siasat ni, maka adalah maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai menyatakan bahawa isu ni sebenarnya hangat disebabkan kerja-kerja kotor pembangkang di Perak.

Kami difahamkan, tanah di Bukit Klebang tidak pernah digazetkan sebagai tanah hutan sebaliknya semasa pemerintahan BN di Perak kawasan itu telah direserve sebagai ‘Tanah Mixed Development’.

Mengapa ia tiba-tiba menjadi isu hangat?

Kecoh tentang penerokaan di Bukit Klebang mula muncul apabila satu NGO yang nak jadi HERO. Tapi, rupa-rupanya NGO tersebut ‘funded’ oleh MCA.

Wow, bijak sungguh permainan MCA sekarang. Sengaja cetuskan isu padahal perkara ni dah bermula sejak zaman Zambry. Kenapa masa itu MCA, diam macam lembu? Kenapa? Kenapa?

Kita minta MCA cuba jadi cerdik sikit. Jangan buat kerja kotor, cari isu yang akhirnya membuka aib sendiri. Masa BN memerintah, banyak mana dah MCA kaut. Tapi masa tu, mulut semua serupa kena zip, sekarang saja tiba-tiba jadi berani.

Bagaimanapun, kerajaan Perak dah ambil langkah drastik untuk memulihara tapak tanah di Bukit Klebang. Kerja-kerja pemuliharaan terhadap tanah yang terjejas teruk akibat penerokaan tu.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");