Panasnya Hari Ini

Isu Sijil Akademik Palsu Serah Pada Parti Masing-masing

KUALA SELANGOR: Isu berkaitan sijil akademik palsu yang didakwa milik beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) diserahkan kepada kepimpinan tertinggi parti masing-masing untuk tindakan lanjut.

Pengarah Strategi Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu dan menyerahkan kepada parti untuk menyelesaikannya.

“Saya tidak mahu masuk campur berkaitan hal sijil dan degree (Ijazah). Saya juga tidak perlu jawab soalan berkenaan atau memberi sebarang komen,” katanya ringkas pada sidang media selepas merasmikan Kempen Medical4Gaza di Econsave Alam Jaya di sini, hari ini, lapor BH Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kelayakan akademik Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahaya; Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang didakwa diragui.

Beberapa pemimpin PH didakwa turut dikaitkan dengan isu sama, antaranya sijil akademik dimiliki Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraidah Kamaruddin

Dalam pada itu, Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan berkata, beliau tidak mengetahui sama ada Setiausaha Politik (Setpol) beliau antara 12 penyandang jawatan berkenaan yang belum mengisytiharkan aset dan pendapatan.

“Saya tidak boleh ulas lanjut (mengenai Setpol saya). Namun, kita berikan semua mereka masa dan saya yakin ia akan diselesaikan nanti,” katanya.

Media hari ini melaporkan seramai 12 Setpol kepada menteri Kabinet, masih gagal mengisytiharkan harta masing-masing kepada SPRM.

Mereka antara 21 anggota pentadbiran, termasuk sembilan Ahli Parlimen kerajaan, yang belum menyerahkan butiran jumlah pendapatan serta aset masing-masing kepada SPRM, untuk disenaraikan dalam portal khas, mydeclaration.sprm.gov.my, yang diwujudkan sejak tahun lalu.

Mereka sepatutnya menyerahkan senarai berkenaan kepada SPRM sebelum 31 Oktober tahun lalu, namun sehingga kini gagal berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");