Perak Hari Ini

Jabatan Perhutanan Perak Nafi Ugut Orang Asli

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak menafikan dakwaan yang menyatakan agensi tersebut telah mengugut masyarakat Orang Asli Kampung Tasik Cunex di Gerik, susulan tindakan membina halangan sebagai protes terhadap aktiviti pembalakan yang berhampiran tempat tinggal komuniti tersebut.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Zin Yusop berkata, baru-baru ini, pegawainya telah berjumpa dengan masyarakat Orang Asli di situ, bagi memberi penerangan berkenaan aktiviti pembalakan di kawasan berdekatan.

Namun katanya, hasil siasatan mendapati tiada sebarang elemen ugutan ataupun kekerasan ke atas mereka seperti yang didakwa.

Justeru ujarnya lagi, Jabatan Perhutanan Negeri bersedia untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan, susulan laporan polis yang telah dibuat oleh wakil penduduk di situ.

Pada masa sama, beliau tersebut turut menafikan dakwaan Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) yang menyebut kononnya aktiviti pembalakan di Perak sudah tidak terkawal.

Mohamed Zin turut menyifatkan dakwaan tersebut sebagai sesuatu yang tidak berasas.

“Kawasan pembalakan yang diluluskan adalah kawasan Hutan Simpan Air Chepam dan bukannya terletak dalam kawasan tanah adat seperti yang didakwa oleh komuniti Orang Asli Tasik Cunex.

“Perak juga mematuhi Catuan Tebangan Tahunan (CTT) yang ditetapkan oleh Majlis Tanah Negara iaitu seluas 7,744 hektar setahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, aktiviti pembalakan juga dijalankan secara terpilih di mana hanya pokok-pokok yang menepati piawaian sahaja yang dibenarkan untuk ditebang selepas melalui proses “tagging”.

Terdahulu, sebuah agensi berita tempatan telah mendakwa pegawai Jabatan Perhutanan Perak dan wakil daripada sebuah syarikat telah mengugut masyarakat Orang Asli Tasik Cunex pada 31 Januari lalu, ekoran membuat sekatan jalan yang menghalang aktiviti pembalakan.

Selain itu, ia turut melampirkan laporan polis yang telah dibuat pada 1 Februari, baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");