Sukan Hari Ini

Jangan gelojoh sangat – Dollah

KUALA LUMPUR: “Jauh lagi,” kata jurulatih Pahang, Dollah Salleh ketika diminta mengulas mengenai kemampuan anak buahnya mencabar penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali gus menamatkan dominasi lima tahun skuad Harimau Selatan itu dalam saingan liga domestik.

“Perjalanan masih jauh lagi. Kita fokus perlawanan demi perlawanan dahulu. Kita tidak mahu gelojoh sangat,” katanya secara berseloroh.

Terdahulu, Pahang meraih kemenangan 3-1 ke atas Kuala Lumpur menerusi dua jaringan penyerang berbisa mereka, Dickson Nwakaeme dan bintang muda Indonesia, Saddil Ramdani pada aksi yang berlangsung di Stadium Bolasepak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) malam tadi.

Mengulas lanjut kemenangan terbabit, Dollah nyata berpuas hati dengan prestasi anak buahnya sambil menyifatkan keputusan itu sudah cukup baik untuk aksi pembukaan mereka musim ini.

“Sudah tentu kita mahukan kemenangan pada aksi pertama kerana ia dapat menyuntik moral pemain supaya dapat terus memberikan aksi terbaik pada perlawanan seterusnya.

“Berbanding aksi pra-musim, aksi malam ini jauh lebih baik meskipun kita seharusnya boleh mendapatkan lebih banyak gol.

“Namun kita akui kita berada dalam keadaan tertekan. Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan yang memainkan peranan yang besar apabila berjaya menyekat serangan balas pantas Kuala Lumpur,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");