Membawang Hari Ini

Jauhi Jantan Buka Aibmu – Ismail Maembong

KUALA LUMPUR: Sehari selepas Emma Maembong mengesahkan tidak lagi berhijab, bapa pelakon itu bersuara secara terbuka meminta supaya aktres berkenaan tidak mendekati individu yang melalaikan.

Kata Ismail Maembong, 71, yang juga pelukis terkenal, seseorang lelaki yang sekadar ingin menjatuhkan maruah seharusnya dijauhi.

“Duhai perempuan, wajib dijauhi jantan yang buka aibmu; dia sesungguhnya iblis bertopengkan manusia sering berusaha memecahkan umat dan keluarga,” tulisnya di Facebook Maembong Ayoh, hari ini, lapor BH Online.

Muat naik status bapa kepada 11 cahaya mata itu mengundang perhatian ramai yang sememangnya ternanti-nantikan reaksi pelukis terbabit.

Semalam, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 26, membuat pengakuan sudah tidak lagi mengenakan hijab sejak Isnin lalu.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu berkata, keputusan untuk tidak lagi bertudung dibuat bukan disebabkan kontroversi foto mesra bersama seorang jejaka yang tular, sebaliknya dilakukan atas keinginan sendiri.

Pengakuan aktres terbabit mengundang kontroversi hingga netizen ‘menyerang’ laman Instagram lelaki yang kini dikatakan rapat dengannya, Syed Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");