Jenayah
Like

Jenazah Abdul Bari Selamat Dikebumikan

February 10, 2019
491 Views
0 Comments
1 minute read
Jenazah Abdul Bari Selamat Dikebumikan

KUALA TERENGGANU – Jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd,31, yang lemas sewaktu menyelamatkan lima sekeluarga di Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan di sini pada Jumaat lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah di sini hari ini.

Menurut laporan Kosmo Online, seramai kira-kira 500 orang terdiri ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung menghadiri upacara pengebumian Abdul Bari pada pukul 2.30 petang itu.

Terdahulu jenazah Allahyarham disolatkan selepas solat Zuhur di Masjid Kampung Merbau Patah di sini.

Mayat Abdul Bari yang juga jurukimpal ditemui terapung di muara Sungai Terengganu berhampiran Tanjung di sini pada pukul 7.24 pagi tadi.

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat pemuda itu pada kedudukan kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang dalam insiden yang berlaku pada pukul 9.40 malam kelmarin.

Kosmo! hari ini melaporkan Abdul Bari dikhuatiri lemas ketika cuba menyelamatkan lima sekeluarga yang terperangkap di dalam kenderaan Mitsubishi Storm yang terjunam ke dalam Sungai Terengganu berhampiran Pulau Warisan di sini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.