Perak Hari Ini

Jualan Happy Hour Di Pasar Tani Klebang Jaya

Menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Adun Manjoi, Asmuni Awi mengambil kesempatan untuk mengadakan jualan Happy Hour dengan anjuran FAMA di Pasar Kledang di Silibin.

Menurut beliau, initiatif itu diambil bagi membantu meringakan bebanan rakyat untuk membeli belah barangan keperluan harian.

“Jadi hari ini kita adakan jualan khas dan barang-barang yang kita jual melibatkan penjimatan dari segi harga jualan dimana kita bahagikan kepada beberapa jenis.

“Contohnya, jualan ikan dengan penjimatan RM1 pada setiap kilo dan bagi jualan ayam segar juga penjimatan RM 1 setiap kilo.

“Selain itu, kita juga ada jualan terus dari ladang seperti barangan pertanian dan lain-lain,” katanya ketika ditemui di program Santai Mesra Bersama Usahawan dan Pengunjung Pasar Tani Taman Kledang Jaya, Silibin hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");