Berita Hari Ini

Kanak-kanak Lelaki Tanpa Vaksin Meninggal Dunia Dijangkiti Difteria

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun yang tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir meninggal dunia selepas dijangkiti difteria di Johor Bahru.Kanak-kanak tersebut mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019 dan dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan lemah .Mangsa yang dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdillah berkata, malangnya kanak-kanak itu meninggal dunia pada 21 Februari 2019 dengan sebab kematian Severe Diphtheria with multiorgan failure.

Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak kes menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphtheriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan makmal untuk pengesahan toksin difteria.

Penyakit difteria disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheriae yang menyebabkan gejala sakit tekak dengan selaput di dalam tekak, bengkak tonsil dan kemungkinan berlaku komplikasi bacteremia (infeksi darah) dan endokarditis (infeksi pada jantung).

Ia boleh menyebabkan kegagalan organ, yang seterusnya boleh membawa maut.

Katanya, pemberian imunisasi difteria dapat mengelak daripada jangkitan atau jika terkena jangkitan, gejala adalah lebih ringan dan tiada komplikasi.

KKM telah mengambil tindakan bagi membendung penularan jangkitan ini termasuk pencarian kes secara aktif di kawasan kediaman kes, aktiviti pemberian imunisasi dan pendidikan kesihatan.

Katanya, pada tahun ini hingga kini, terdapat satu kes difteria yang telah disahkan di Malaysia.

Pada tahun 2018, sebanyak 18 kes dengan lima kematian dilaporkan di Malaysia, yang mana empat daripada lima kematian ini tiada menerima imunisasi.

Kesemua kematian difteria bagi tahun 2018 melibatkan kanak-kanak di bawah 10 tahun. – MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");