Sukan Hari Ini

KBS Siasat Dakwaan Bookie Cuba Rasuah Pemain

SEMENYIH: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melakukan siasatan mengenai dakwaan kehadiran bookie cuba merasuah pemain kelab bola sepak Liga Malaysia (Liga M) yang berdepan masalah tunggakan gaji.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya tidak dapat menerima perlakuan seperti itu sekiranya ia benar-benar berlaku disebalik kesempitan hidup yang dihadapi pemain bola sepak terbabit.

“Masalah bookie ini memang kita banteras berhabis-habisan. Kalau ada sebarang maklumat tolong laporkan segera. Kami juga akan cuba membuat siasatan tersendiri menerusi kerjasama dengan kelab-kelab dan juga pemain-pemain.

“Kita mesti tentang mereka ini kerana ia sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya, sebagaimana dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang sempena lawatan kerja rasmi di sini, hari ini.

Terdahulu media tempatan mendedahkan pengakuan seorang bekas pemain yang sebelum ini beraksi di Liga Perdana pernah didekati bookie selepas mengetahui kemelut tunggakan gaji yang dialami pasukannya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");