Berita Hari Ini

KDN Sudah Senarai Pendek Nama Pengganti KPN

SEMENYIH – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah menyenarai pendek beberapa nama bagi mengisi jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalannya, kata Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata senarai nama berkenaan dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam tempoh sehari dua ini.

“Saya akan kemukakan cadangan (senarai nama) itu secara rasmi kepada Perdana Menteri, mungkin dalam sehari dua ini.

“Saya fokus pada beberapa nama tertentu sahaja, tak nak letakkan banyak sangat (nama)…ikut peraturan dan perlembagaan akhirnya Perdana Menteri akan bawa (minta perkenan) kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya hanya mencadangkan nama,” katanya pada sidang media di sini hari ini, lapor Bernama.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata satu perbincangan bersama Dr Mahathir akan dibuat bagi memilih pengganti untuk kedua-dua jawatan penting badan keselamatan negara itu.

Terdahulu media melaporkan kontrak perkhidmatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Timbalannya Tan Sri Noor Rashid Ibrahim akan tamat pada Mei ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");