Berita Hari Ini

Kebakaran Hotel Di Makkah, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

RIYADH : Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Makkah, Arab Saudi semalam, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan, demikian menurut portal berita alweeam, memetik pertahanan awam Makkah.

Jurucakap pertahanan awam Nayef al-Sharif, berkata kejadian berlaku kira-kira 11.40 pagi (waktu tempatan) di hotel yang merupakan sebahagian projek Jabal Omar.

Beliau berkata kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah di tempat tertutup dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak pertahanan awam.

Punca kejadian masih dalam siasatan, katanya, sebagaimana dilaporkan Bernama.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");