Perak Hari Ini

Keberadaan Jentera Di Bukit Kledang Adalah Untuk Kerja Pemulihan Tanah – MB Inc

IPOH: Kehadiran beberapa jentera berat yang kelihatan berada di sekitar Bukit Kledang merupakan jentera yang terlibat bagi kerja-kerja pemulihan tanah yang terjejas akibat aktiviti pencerobohan haram yang dikesan pada awal bulan lalu.

Unit Korporat Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah pun mendapatkan kebenaran daripada pihak Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Negeri untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan.

Jelasnya, ia bertujuan bagi menstabilkan semula struktur cerun dan membina perparitan bagi mengelakkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh.

“Diharapkan penjelasan ini ia akan menjawab keresahan orang ramai berhubung kehadiran jentera-jentera berat di kawasan tersebut.

“Untuk makluman juga, kawasan tersebut telah ditutup kepada awam sebagai langkah keselamatan dan berada di bawah pemantauan pihak berkuasa untuk mengelak kejadian pencerobohan tanah daripada berulang,” katanya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, MB Inc. Menyambut baik keprihatinan orang ramai berhubung kepentingan melindungi Bukit Kledang daripada sebarang ancaman penerokaan haram.

Tambahnya, ia juga selari dengan pendirian kerajaan negeri yang mahu menangani isu penerokaan haram di tanah-tanah milik kerajaan negeri dan syarikat berkanun kerajaan negeri (GLC).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");