Membawang Hari Ini

Kecewa Dituduh Punca Emma Maembong Buka Tudung

KUALA LUMPUR: Gara-gara pengakuan Emma Maembong yang mengesahkan dirinya tidak lagi berhijab selepas lima tahun, laman sosial jejaka yang dikatakan rapat dengannya turut menjadi sasaran serangan netizen.

Laman Instagram Syed Abdullah Syed Abdul Rahman dibanjiri pelbagai komen, malah ada yang menuding jari menuduhnya sebagai penyebab Emma, 27, mengambil keputusan itu.

Dalam satu komen balas, Syed Abdullah mengakui, kecewa apabila dirinya dikatakan sebagai punca Emma tidak tetap pendirian.

“Saya anggap semua ini sebagai cabaran. Terima kasih atas teguran, saya hargai komen ini,” tulisnya dalam satu komen balas menerusi entri terbaru di laman sosial itu.

Meskipun menerima pelbagai komen negatif, Syed Abdullah tetap menghargai mereka yang positif dan berusaha menegurnya dengan baik.

Semalam, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, membuat pengakuan sudah tidak lagi berhijab sejak Isnin lalu.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu berkata, keputusan untuk tidak lagi bertudung dibuat bukan disebabkan kontroversi foto mesra bersama jejaka itu yang tular, baru-baru ini.

“Saya tahu ramai yang marah dan saya minta maaf. Biarlah keputusan ini antara saya dengan Allah. Lagipun, ia bukan keputusan yang dibuat secara mengejut, sebaliknya sudah lama saya fikirkan.

“Setiap manusia membuat kesilapan. Keputusan saya ini memang salah, tetapi sudah sampai masa saya memikirkan kebahagiaan dan kegembiraan diri sendiri.

“Ketika bertudung dulu, tiada siapa yang suruh, ia dibuat atas kerelaan diri. Begitu juga keputusan untuk buka tudung, ia dibuat atas kehendak sendiri, bukan kerana orang lain,” katanya.

Hubungan mesra pasangan itu mula dihidu apabila mereka kerap berkongsi gambar percutian bersama di laman sosial masing-masing.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");