Berita Hari Ini

Kerajaan Hadkan RM2.08 Harga Runcit Ron 95

Kerajaan menetapkan harga runcit bagi petrol RON95 dihadkan pada RM2.08 melalui pemberian subsidi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan aakan diteruskan bagi membolehkan pengguna menikmati sebarang perubahan harga dengan lebih cepat selaras dengan penurunan harga petroleum di pasaran dunia.

Selain itu katanya, harga runcit produk petroleum akan diturunkan apabila harga minyak dunia turun tetapi apabila harga minyak dunia naik, kenaikan harga runcit produk petroleum akan mengikut kadar yang dihadkan.

“Ini adalah suatu inisiatif baharu oleh Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan demi melindungi kepentingan golongan B40, yang tidak pernah diamalkan oleh Kerajaan terdahulu.

“Had harga minyak ini akan dibatalkan apabila subsidi minyak bersasar dilaksanakan pada pertengahan tahun ini. Berdasarkan trend harga sebenar pasaran produk petroleum yang semakin meningkat pada masa ini, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 Februari 2019 telah bersetuju supaya had pengekalan harga runcit petrol RON95 yang pada masa ini ditetapkan pada paras RM2.20 seliter dikurangkan kepada RM2.08 seliter.

“Ini bermakna harga runcit RON95 akan dihadkan kepada RM2.08 seliter sungguhpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu. Sekiranya harga minyak dunia berada di bawah paras tersebut, harga mingguan petrol RON95 akan berada di bawah paras RM2.08,” katanya menerusi kenyataan kementerian kewangan hari ini.

Guan Eng menambah, pengurangan paras harga runcit bagi produk petrol RON95 ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan Pakatan Harapan untuk mengurangkan kos sara hidup rakyat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");