Jenayah

Kereta Rempuh Pelanggan Restoran

JOHOR BAHRU: Tiga pelanggan sebuah restoran 24 jam di Jalan Limbat, Skudai, di sini, nyaris maut apabila dirempuh sebuah kereta ketika menjamu selera dalam kejadian, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, pemandu kereta berusia 50 tahun itu dipercayai gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh tiga pelanggan, meja dan kerusi di kawasan parkir bahu jalan restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad, berkata pemandu kereta yang juga seorang buruh tidak mengalami kecederaan manakala ujian saringan air kencing mendapati beliau negatif dadah dan tidak berada di bawah pengaruh alkohol.

“Siasatan awal mendapati kereta berkenaan hanya terhenti apabila melanggar sebuah van yang diparkir di kawasan berhampiran.

“Seorang mangsa patah bahu kanan, seorang cedera dan luka di kepala manakala mangsa ketiga cuma cedera ringan.

“Orang ramai yang menyaksikan kejadian menghubungi ambulans sebelum ketiga-tiga mangsa lingkungan 20-an hingga 40-an dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Mohd Taib berkata, keterangan pemandu itu sudah diambil dan buat masa ini dibebaskan dengan jaminan polis

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");