Perak Hari Ini

Kita Mahu Balai Polis Baru: Adun Manjoi

Adun Manjoi, Asmuni Awi akan memohon kerajaan negeri untuk menyediakan satu tapak bagi menbina sebuah balai polis di kawasan itu berikutan balai sedia ada tidak mampu menampung kapasiti penduduk.

Jelas beliau, balai polis sedia ada setakat ini hanya disewa dan telah berpindah randah ke beberapa buah kawasan dimana keadaan itu menyukarkan penduduk sekitar Manjoi melakukan sebarang urusan.

“Orang Manjoi ini kalau nak ke balai polis mereka perlu sama ada ke pekan Jelapang, Buntomg atau pekan Ipoh sedangkan penduduk disini pun ramai sekitar 30 ribu.

“Masalahnya sekarang kita tak ada tapak dan saya sedang mencari tapak yang sesuai untuk dijadikan balai polis Manjoi, balai yang sedia ada tu sebenarnya disewa dan telah berpindah beberapa kali.

“Keadaannya juga tidak sesuai sebab kita guna rumah kediaman jadi kawasannya agak kecil dan x selesa untuk orang ramai,” katanya ketika ditemui Peraktoday disini, hari ini.

Asmuni yang juga Exco Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan menambah, beliau akan sedaya upaya mencari tapak untuk dijadikan balai dan bukan disewa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");