Sukan Hari Ini

Klopp Puji ‘Malam Istimewa’ Alexander-Arnold Dengan Tiga Bantuan Jaringan

PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, memberikan pujian khas buat Trent Alexander-Arnold selepas pemain itu memaparkan aksi luar biasa yang membantu pasukannya menewaskan Watford 5-0 di Anfield, awal pagi tadi.

Menurut portal Stadium Astro, The Reds mengekalkan kelebihan satu mata di puncak Liga Perdana Inggeris dengan jaringan berganda daripada Sadio Mane dan Virgil van Dijk serta jaringan liga pertama Divock Origi sejak Disember lalu, memastikan mereka mengekalkan kedudukan itu.

Manchester City, bagaimanapun, mengekalkan tekanan buat pendahulu liga itu selepas melakar kemenangan 1-0 ke atas West Ham United di Stadium Etihad — dalam perlawanan yang berlangsung serentak.

Jaringan daripada kuisan tumit Mane merupakan saat paling mencuri tumupuan dalam perlawanan itu, namun dua gol yang dijaringkannya itu dicetus gerakan daripada Alexander-Arnold, yang turut membantu jaringan pertama Van Dijk.

Dalam usia 20 tahun 143 hari, Alexander-Arnold menjadi pemain termuda menghasilkan tiga bantuan jaringan dalam satu perlawanan Liga Perdana.

Prestasi hebat daripada pertahanan kanan England itu cukup membuatkan Klopp berasa teruja.

“Setiap hantaran lintangnya luar biasa. Ia merupakan malam yang istimewa,” kata Klopp kepada BBC.

“Kami mahu menggunakan kekuatan dan kemahiran kami, namun terdapat perlawanan yang berbeza-beza untuk dilalui.

“Watford juga mengubah corak perlawanan mereka untuk berdepan kami.

“Anda perlu sentiasa melakukan persediaan berbeza terhadap setiap perlawanan.

“Kami menggunakan ruang separuh itu dengan baik. Mo Salah seperti tidak perlu beraksi,” katanya.

Liverpool sebelum ini meraih tiga keputusan seri dalam empat perlawanan liga terakhir, namun mereka kelihatan tidak akan keciciran mata dalam perlawanan di Anfield itu.

“Ia merupakan malam terindah kami dan pemain layak mendapat pujian,” tambahnya.

“Pemain saya menunjukkan betapa mereka sedang menikmati perlawanan. Ia merupakan petanda yang penting.

“Anda tahu apa dakwaan yang telah diperkatakan kepada kami sebelum ini. Ia pasti tidak benar.

“Barisan pemain ini amat luar biasa dan mereka menunjukkan keghairahan yang tinggi.

“Aksi daripada Mo (Salah) amat luar biasa. Sadio menghasilkan gol yang menakjubkan. Ketiga-teiga pemain tengah kami beraksi cemerlang. Aksi di bahagian tengah juga amat luar biasa.

“Kami menang 5-0, jadi anda tidak perlu berkata tentang mereka, namun mereka telah memperoleh saat yang dinanti-nantikan. Alisson juga beraksi baik. Pemain kami mengawal keseluruhan permainan. Banyak untuk diperkatakan tentang itu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");