Berita Hari Ini

Kritikan Dalam Media Sosial: Tiada Siapa Kebal Dengan Undang-undang

KUALA LUMPUR – Warganet yang kerap menyuarakan pendapat dan mengkritik sesuatu isu secara lantang dalam media sosial perlu bersedia sekiranya dikenakan tindakan undang-undang.

Meskipun pendapat dan kritikan yang diutarakan itu bersifat mendidik atau membina, namun jika ia mengganggu keselamatan pihak lain tetap boleh disaman.

Pakar Media Polisi, Dr. Muhammad Adnan Pitchan berkata, tiada sesiapa pun di negara ini kebal daripada undang-undang jika mereka melakukan kesalahan termasuk dalam media sosial.

“Ramai yang beranggapan tindakan undang-undang hanya akan diambil jika mereka menghina raja-raja dan pemimpin negara, sebenarnya tidak begitu.

“Semua orang boleh disaman mengikut Seksyen 211 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), jika mereka mengeluarkan komen yang mengancam individu lain,” katanya, sebagaimana dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Jelas Muhammad Adnan, Seksyen 233 menggariskan seseorang yang memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan di Pusat Komunikasi dan Masyarakat Digital, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, undang-undang tersebut bukan menyekat kebebasan bersuara masyarakat tetapi mengingatkan warganet supaya lebih berhemah.

“Sebab itu saya sokong tindakan seorang selebriti baru-baru ini menyaman 100 warganet kerana mengeluarkan komen yang melampau. Tindakannya itu perlu menjadi budaya agar semua pihak lebih berhati-hati,” katanya.

Pada 29 Januari lalu, aktres Linda Rafar mengambil tindakan menyaman 100 netizen yang melemparkan kecaman sehingga menjejaskan reputasi beliau dalam media sosial berhubung dakwaan memfitnah jururawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");