Perak Hari Ini

MB Hadir Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Di Jelapang

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkesempatan hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang, hari ini, malam tadi.

Majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Jelapang, dekat sini, turut sama dihadiri Pengerusi DAP Perak, merangkap Ahli Parlimen Teluk Intan Nga Kor Ming; Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelapang Cheah Pou Hian.

Ketika berucap, Ahmad Faizal berkata beliau berasa gembira atas sambutan dan semangat perpaduan yang ditunjukkan masyarakat Jelapang dalam majlis tersebut.

Ujarnya, sambutan perayaan Tahun Baru Cina bukan hanya disambut oleh masyarakat Cina sebaliknya ia turut diraikan oleh pelbagai kaum di negara ini.

“Sambutan perayaan sebegini sangat saya nanti-nantikan. Diharap juga selepas ini, sambutan perayaan Deepavali dan sambutan Hari Raya Aidilfitri kita dapat merayakan bersama-sama, sebagai satu keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak mengucapkan penghargaan kepada semua rakyat yang memberi mandat kepada PH bagi menerajui kepimpinan di peringkat negeri dan persekutuan, pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

Tambahnya, PH negeri akan berusaha sebaik mungkin dalam merealisasikan segala hasrat rakyat yang terkandung di dalam manifesto PRU14.

“Beri kami sedikit masa untuk kita memulihkan semula negeri ini. Setiap keputusan yang dibuat harus diteliti supaya kita tidak mengulangi sebarang kesilapan yang dibuat kerajaan terdahulu,” katanya.

Selain itu, Kor Ming dalam ucapannya turut berharap agar rakyat dapat terus memberikan sokongan kepada PH dalam usaha membina semula negara ini.

Terdahulu, ketibaan kesemua tetamu kehormat pada sekitar jam 8 malam itu disambut lebih daripada 1,000 orang warga Jelapang.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan tarian, nyanyian, dan kebudayaan masyarakat Cina serta pertunjukan bunga api.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");