Perak Hari Ini

MB Rasmi Apartment Tertinggi Di Perak

MANJUNG: Apartment The Venus Residents diiktiraf sebagai apartment tertinggi yang pernah di bina di Perak.

Bangunan yang berketinggian 35 tingkat dan mempunyai 518 unit rumah itu dijual dengan harga sekitar RM288,000 sehingga RM550,000 seunit.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam renang, surau, dua gimnasium serta taman awam berkeluasan 30,000 meter persegi yang terletak di atas bumbung apartment dan zon tunjau

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, dengan adanya apartment tersebut ia mampu menjadi ikon kebanggaan buat warga Manjung.

Katanya lagi, projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam menyediakan 50,000 buah rumah mesra milik di seluruh negeri dalam tempoh lima tahun

Tambahnya, sehingga kini, sebanyak 34,000 rumah mesra milik telah berjaya dan sedang disiapkan.

Justeru, beliau turut menyeru agar lebih ramai pihak pemaju dan swasta dapat bersama-sama kerajaan negeri dalam merealisasikan hasrat tersebut.

“Saya berharap lebih ramai pemaju akan tampil ke hadapan dengan kerajaan negeri untuk usaha ini.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi komitmen bagi memastikan semua projek perumahan untuk golongan B40 dan ke bawah dapat disediakan sepenuhnya tak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Apartment The Venus Residents di Seri Manjung, dekat sini, hari ini.

Hadir sama, isteri Menteri Besar, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi; Ahli Parlimen Lumut, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli; Pengurus Besar King Ong Developent Sdn Bhd, Datuk Koh King Ong serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu negeri, Yong Choo Kiong berkata, menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak, beberapa lagi projek perumahan kos rendah dan sederhana rendah dibina di daerah ini antaranya di Batu 10 Lekir dan Kampung Serdang.

Katanya, 50 unit kos rendah telah berjaya disiapkan di Batu 10 Lekir sementara 447 unit lagi dibawah kos sederhana rendah di Kampung Serdang.

“Untuk projek kos sederhana rendah ini, pemaju yang sama iaitu King Ong Development Sdn Bhd menetapkan ia dijual pada RM169,000 dan 10 peratus daripada pembinaan merupakan rumah kos rendah yang dijual pada harga RM70,000,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");