Perak Hari Ini

Mohd Kamaruzaman dan Hazira Dinobat Johan Qari, Qariah Perak

IPOH: Mohd Kamaruzaman Daud dan Nor Hazira Nabila Mohd Kamal, masing-masing berjaya merangkul johan qari dan qariah Tilawah al-Quran Peringkat Perak 2019

Johan qari dan qariah masing-masing menerima hadiah wang tunai RM8,000 berserta plak, sijil, hadiah iringan serta pakej haji bernilai RM10,000.

Manakala, tempat kedua qari tilawah dimenangi Syamsul Abu Hassan Al Shaari dan Mohamad Sahran Termizi di tempat ketiga.

Tempat kedua dan ketiga qariah tilawah pula masing-masing dimenangi Nor Salwa Razali dan Puteri Kalimatul Azwa Hamid.

Pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima wang tunai RM6,000 dan RM4,000 berserta plak dan hadiah iringan.

Sementara itu, majlis turut mengumumkan senarai pemenang qari dan qariah bagi katagori Hafazan.

Kesemua pemenang kari dan kariah hafazan bagi kategori 1-10 juzuk, 1-20 juzuk dan 1-30 juzuk menerima hadiah wang tunai bermula RM1,000 hingga RM8,000 beserta plak dan hadiah iringan.

Dalam pada itu, kesemua pemenang Qariah dan Qariah bagi kategori Tilawah serta Hafazan turut diumumkan sebagai peserta yang akan mewakili Perak ke pertandingan Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Sembilan pada Mac.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada majlis penutup dan penyampaian hadiah di Pusat Konvensyen Casuarina Meru di sini malam tadi.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim, turut berangkat.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohammed Radzi dan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");