Sukan Hari Ini

Mourinho Bayar Denda Tipu Cukai RM9.3 Juta

BEKAS pengurus Manchester United Jose Mourinho menerima hukuman penjara selama setahun di Sepanyol kerana terbabit dalam penipuan cukai.

Menurut Harian Metro, dia bagaimanapun berkemungkinan tidak dipenjarakan kerana Sepanyol tidak menguatkuasakan undang-undang itu sekiranya kurang daripada dua tahun.

Pengurus dari Portugal itu dituduh berhutang dengan pihak berkuasa percukaian Sepanyol sebanyak €3.3j (RM15.3 juta).

Mourinho akan menjelaskan denda cukai dilaporkan sebanyak €2j (RM9.3 juta) sebagai hukuman penggantungan penjara itu.

Kesalahan dilakukan adalah berkaitan dengan pendapatan hak imej tidak disytihar ketika dia mengendalikan Real Madrid pada 2011-2012.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");