Sukan Hari Ini

Muhammad Danial Mahu Balas Kepercayaan Kim Swee

PHNOM PENH: Pemain tengah Kelantan, Muhammad Danial Haqim Draman sedia membalas Kepercayaan Datuk Ong Kim Swee apabila dijangka mengisi posisi tengah untuk aksi pertama berdepan Kemboja dalam aksi pembukaan Kejuaraan AFF B-22 di Stadium Olimpik, Phnom Penh, malam ini.

Mengakui tugas sukar bakal digalasnya selepas ketiadaan beberapa tonggak utama yang tidak bersama pasukan di saingan Kejuaraan AFF B-22 kali ini, ia seolah-olah membuka pintu buat Danial untuk memperagakan aksi terbaiknya bersama skuad negara.

“Ini peluang untuk saya buktikan kemampuan diri dan kalau boleh saya mahu terus kekal dengan pasukan hingga kelayakan AFC B-23 bulan depan,” katanya.

Sebelum ini, Kim Swee menerima tamparan hebat apabila gagal mendapatkan khidmat empat tonggak tengah yang tidak dilepaskan oleh kelab masing-masing iaitu Muhammad Daniel Amier Norhisham (FELDA United), Muhammad Zahril Azri Zabri (FELDA United), Muhammad Faisal Abdul Halim (Pahang) dan Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam (Kedah).

Malah, kecederaan lutut yang dialami Nik Akif Syahiran Nik Mat turut menganggu perancangan pasukan dan Danial adalah satu-satunya pemain ‘neutral’ di posisi tengah untuk pasukan.

“Walaupun tiada Daniel Amir, Fadzrul dan Faizal, tapi kita kena percaya pada pasukan sendiri kerana kita tetap ada kualiti.

“Malah, walaupun Nik Akif makin pulih, saya akan buat yang terbaik dan cuba bantu pasukan buru kemenangan,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");