Panasnya Hari Ini

Mujahid Mahu Saman Individu Burukkan Imej Tabung Haji

HULU LANGAT – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan saman terhadap individu yang cuba menabur fitnah kepada dirinya dan Tabung Haji.

Beliau malah mengingatkan, pernah memenangi kes saman fitnah terhadap seorang profesor yang menulis artikel mendakwa dirinya menjadi kuda tunggangan DAP.

Tegas Mujahid, artikel tersebut akhirnya ditarik balik dan permohonan maaf dibuat sekali gus menunjukkan kes pertama itu menjadi duluan (predecent) bagi kes lain selepas ini.

“Mereka (ahli politik) berleluasa semasa berkempen buat pembohongan kononnya Tabung Haji di bawah DAP dan Menteri Agama tunduk pada kehendak DAP.

“Malah di Facebook juga tular tulisan mereka dan saya ingin ingatkan bahawa jangan sampai kita menyaman kenyataan berbaur fitnah itu yang langsung tidak membantu membela nasib 9.7 juta pendeposit Tabung Haji,” katanya, lapor Utusan Online.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi Pakatan Harapan di Kantai Permai dekat sini semalam.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk lr. Amiruddin Hamzah.

Mengulas lanjut, Mujahid yang juga Naib Presiden Amanah menzahirkan kesyukuran kerana jumlah pendeposit Tabung Haji semakin bertambah sekalipun pelbagai isu yang cuba memburukkan lembaga tersebut.

“Peratusan masuk (pendeposit) lebih banyak daripada yang keluar dan ini menunjukkan kepercayaan orang ramai masih tinggi.

“Malah, kita yakin pada hujung tahun ini prestasi Tabung Haji kembali kukuh dengan jumlah aset melebihi liabiliti, ” jelasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");