Membawang Hari Ini

Nazim Othman Jumpa Pakar Sakit Jiwa

KUALA LUMPUR – Pelakon Nazim Othman mengakui bertemu pakar sakit jiwa selepas tersebar khabar angin yang mendakwanya mengalami tekanan perasaan akibat perceraiannya dengan bekas isteri, Bella Daly pada tahun lalu.

Bagaimanapun kata pelakon berusia 35 tahun itu, pertemuan dengan pakar sakit jiwa tersebut bukanlah disebabkan tertekan dengan perceraian, sebaliknya, untuk mendalami watak pesakit disleksia demi menjayakan sebuah telefilem tidak lama lagi.

“Ya, saya ada bertemu dengan pakar sakit jiwa, tetapi pertemuan tersebut berkaitan dengan kerja, bukan hal peribadi.

“Saya akan menjalani penggambaran sebuah telefilem yang memerlukan saya berlakon sebagai penghidap disleksia. Jadi, pertemuan tersebut diharap dapat membantu meningkatkan mutu lakonan saya kelak,” jawab Nazim kepada Kosmo! Online.

Tambah Nazim, kehidupannya kini berjalan seperti biasa dan mengakui lebih tenang.

“Ramai yang mengatakan saya murung kerana bekas isteri mahu mendirikan rumah tangga. Tetapi, dakwaan tersebut tidak benar sama sekali.

“Saya kini lebih tenang, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu yang Bella telah bertemu dengan orang yang akan menjaganya,” ujar Nazim lagi.

Nazim dan Bella mendirikan rumah tangga pada 10 September 2016 dan mengambil keputusan untuk berpisah pada 2 Mei tahun lalu.

Pasangan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");